What if..
Saya speechless. T_T
Btw, sedar tak sedar sekarang dah masuk 10 hari / 10 malam terakhir Ramadan. Tiba-tiba risau bila baca hadith ni.
Moga kita semua dapat keampunan dari Allah hendaknya. Amin.
Beautiful Quran Recitation
الاسم: محمد طه صالح ابراهيم الجنيد
تاريخ الميلاد: 1994م
محل الميلاد:المنامة – البحرين
يحفظ القرآن الكريم في: مركز عبد الرحمن أجور
لتحفيظ القرآن الكريم بمدينة حمد بمملكة البحرين
وقد وصل في حفظه إلى عشرين جزءاً من القرآن الكريم
Muhammed Taha Saleh Ibrahim Al-Junayd
Tarikh lahir : 1994
Tempat lahir : Manama, Bahrain
Baguslah. Sangat menenangkan.
Feelings Follow Thinking
This is what John has to say about our thoughts…
“The human mind has a tremendous amount of power in our lives. That which holds our attention determines our actions. Because of that, where we are to today is the result of the dominating thoughts in our minds. And the way we think determines what our attitudes are.
The good news is that you and I can change that. You can control your thoughts, and because of that, you control your attitude.
Let’s do an experiment that will show you what I mean. Take a moment to think about the place where you live. No problem. You decided to think about it and you did. Next, imagine for a moment that the place where you live has burnt down to the ground, and everything in it is gone.
What kind of emotional response did you have? Maybe you were sad because many irreplaceable things would have been lost in a fire. Maybe you were happy because your current living situation is terrible and a fresh start would do you good. The point is that your thinking prompts your emotion. That’s the key and here’s why:
MAJOR PREMISE: We control our thoughts.
MINOR PREMISE: Our feelings come from our thoughts.
THEREFORE: We can control our feelings by changing how we think.
Why is that important? Because your attitude is your emotional approach to life. It’s the framework through which you see events. Other people, even yourself. That’s why I believe the saying, ‘You are not what you think you are, but what you think…you are.”
ps: this is one of my fav pages in the book.
Penat Menanti Detik Kemustajaban Doa

Soalan: Saya mudah kecewa. Apabila saya doa, saya rasa doa saya Allah tidak akan terima. Saya dah minta doa macam-macam, tapi banyak benda yang minta itu tak berlaku seperti yang diminta. Kadang-kadang sehingga saya rasa macam tidak larat hendak berdoa. Tolonglah saya Dr!
Wardini, Kuala Kangsar.
Jawapan Dr MAZA:
Saudari, semoga Allah merahmati kita semua. Untuk menjawab kemusykilan saudari itu, saya nyatakan seperti berikut:
1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w :
« Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda : « Apa itu tergopoh-gapah ? ». Sabda baginda : «Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).
5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w :
« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w :
“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).
7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.
Niat baik mendapat gandaan pahala dari Allah
28Feb07 : Dr Asri, (bekas) Mufti Perlis ( 1 / 9 )
Riyadhus Solihin — Hadis Qudsi (Niat baik mendapat gandaan pahala dari Allah) Seruan kepada Fiqh Taisir. Masjid Alwi , Kangar
ps : ada 9 bahagian semuanya, moga kita rajin untuk click next-next-next sampai part 9. insyaAllah bermanfaat.
Apabila cuti panjang hampir tamat
(scheduled post)
Ketika entry ini wujud di blog saya, mungkin saya dalam perjalanan dengan kereta ke Kuala Lumpur bersama ayah, abang dan adik. (Tiket yang dah dibeli beberapa hari lepas tu terpaksa diubah ke tarikh lain). Mak saya pula dah pun ada kat KL sejak 2 hari lepas untuk jaga Zahra.
Dua hari lepas, result (PASS/FAIL) final exams sem lepas dah pun keluar. Alhamdulillah, saya pass semua subjek dan CGPA pun bertambah. Wohoooo~! Moga sem depan dapat dinaikkan lagi. InsyaAllah.
Pagi ni sebelum breakfast, saya terbaca artikel Dr. Mohd Asri bertajuk ‘Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah’. Dan kat bawah ini adalah petikan dari tulisan beliau berkaitan dengan solat Jamak/Qasar dari artikel itu yang ingin saya kongsi bersama.
Moga bermanfaat.
p.s: Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan berbangsa Cina. :)
p.s.s: Selamat Pengantin Baru buat Kak Dalie dan suami terchenta. :)
Keseluruhannya.
“Baikilah urusanku keseluruhannya, janganlah Kau serahkan aku pada diriku walau sekelip mata”
Tazkirah Ramadhan [update]
usrahcyber: Tazkirah ramadhan:
HARAM LALU DI DEPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT. Kata Nabi Muhammad s.a.w, “Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah dosanya, nescaya ia berhenti menunggu selama lebih 40 (tahun, hari dan bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang yang solat itu. (perawi berkata : aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) ( Riwayat Al-Bukhari)
LiyanaNaznim: apekah cara yg terbaik kalau terpaksa lalu depan orang solat? bagaimana pule kalau dalam masjid?
usrahcyber: kalau didalam masjid, diwajibkan kita menunggu ataupun kita meletakkan sesuatu yang menjadi tanda didepan kemudian barulah lalu
usrahcyber: tanda itu dinamakan sebagai sutrah
usrahcyber: Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam An-Nawawi yang berkata :- “hadis ini menunjukkan haramnya lalu dihadapan orang yang sedang solat dan makna hadis ini membawakan larangan keras dengan balasan yang dahsyat, justeru ia tergolong dalam kategori dosa-dosa besar” ( Rujuk Fathul Bari, Ibn Hajar )
LiyanaNaznim: “meletakkan sesuatu” tu .. adekah terhad dengan sesuatu benda yg tinggi spt tabir dlm masjid
usrahcyber: tidak,,
usrahcyber: boleh juga meletak rehal yang ada dalam masjid,misalnya didalam masjid al-hidayah ada rejal,jadi letakan didepannya
usrahcyber: *rehal
LiyanaNaznim: alhamdulillah.. terima kasih 
————————
[updated - additional info]
Sutrah:-
ستره
n. covering
سَتَرَ , سَتَّرَ
Satir/Sattara
disguise, enshroud, cover, curtain, shield, screen, veil
*Psychosomatic… err NOT
Kadang-kadang hidup ini amat memeritkan. Kita lemah, jatuh tersungkur, menangis, luka, berdarah, lalu perlahan merangkak cuba untuk berdiri, mengubati parut luka yang lama, lalu meneruskan langkah, menjalani sisa-sisa hidup dengan hati yang redha. Sakit, sakit…
Kita hanya makhluk, kita merancang, Dia yang menentukan. Semuanya milik Dia. Baik kita, buruk kita, semua Dia yang tetapkan. Memang senang berkata-kata. Mungkin besok aku kembali lupa. Moga Tuhan maafkan jiwa yang lemah ini. Oh jiwa, jiwa yang lemah.
Bak kata Dato Haron Din, sejak dari Adam dan anak-anaknya, insan telah pun mengenali makna sakit, makna kesakitan dan maknanya penderitaan. Kalau tidak sakit badan, kita sakit hati. Kalau tidak sakit fizikal, kita sakit spiritual . Sakit spiritual mengambil tempat yang pertama dalam kehidupan manusia. Penyakit spiritual sebenarnya jauh menyakitkan dari sakit fizikal.
Kadang-kadang, kata-kata hikmah untuk menaikkan semangat tidak lagi berjaya untuk mengubati hati yang beku. Tapi Dia Maha Mengasihani, lalu dilembutkan hati dengan kalimah-kalimahNya yang indah, maka mengalir deraslah air mata seperti sungai-sungai, membasahi pipi, melembutkan jiwa yang kaku.
Mari bersikap diplomatik dengan Dia. Mengadu padaNya, dan pujilah Dia.
“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.” (At-taubah; 9:129)
ps: Tolong ingatkan saya supaya sentiasa redha !
Sekarang ni bulan sya’ban. Mari kita jauhi perkara bid’ah nisfu sya’ban.Selamat menjalani ibadah di bulan Sya’ban. Wassalaam !
Hot Chocolate
A group of graduates, well established in their careers, were talking at a reunion and decided to go visit their old university professor, now retired. During their visit, the conversation turned to complaints about stress in their work and lives. Offering his guests hot chocolate, the professor went into the kitchen and returned with a large pot of hot chocolate and an assortment of cups – porcelain, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite – telling them to help themselves to the hot chocolate.
When they all had a cup of hot chocolate in hand, the professor said:
“Notice that all the nice looking; expensive cups were taken, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.
The cup that you’re drinking from adds nothing to the quality of the hot chocolate. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink.
What all of you really wanted was hot chocolate, not the cup; but you consciously went for the best cups… And then you began eyeing each other’s cups”.
Now consider this: Life is the hot chocolate; your job, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain life.
The cup you have does not define, nor change the quality of life you have. Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the hot chocolate that life has provided us.
Life gives the hot chocolate, man chooses the cups. The happiest people don’t have the best of everything. They just make the best of everything that they have.
Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly…
And enjoy your hot chocolate.
-Taken from a forwarded email.
Ps: Hot choc does ease my day~
Currently listening to: Yusuf Islam – God is The Light





