Takde masa lah pulok untuk update tiap-tiap hari.

Amaran: Entry kali ini ada beberapa keping gambar. jika pc atau laptop anda menjadi slow untuk load gambar-gambar itu, saya hanya mampu bersimpati sahaja. oh ya, lagi satu. entry ini ada gambar makanan, jadi bersabarlah jika tertengok ketika anda berpuasa. :P

[Puasa ke-5,6,7,8]

1. saya bertolak dari kl ke kelantan dengan tren (bersama rumet saya) pada hari khamis lepas. hujan lebat, tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Photobucket

yang belah kiri tu juadah berbuka yang pemuda pas agihkan kat putrajaya sentral. terimakasih! oh, kek secret recipe tu sempena hari lahir lecturer Digital Media.

Photobucket

facebooking dalam tren akibat kebosanan. dalam hati saya berkata, “alangkah baiknya kalau boleh harvest kat farmville…”

2. tren bertolak pukul 8.30 malam. sebelum tu saya dinner di foodcourt kl sentral. pukul 4 pagi, bersahur kat atas tren. saya makan nasik goreng dan milo panas.

3. dalam pukul 10.40pagi, saya tiba di stesen keretapi pasir mas. mak dan ayah dah tunggu kat sana. kemudian kami pulang ke rumah.

4. malam itu berbuka bersama mak, ayah dan kakak ipar. whoah, ada ayam percik. memang lazaaaaat habis sehingga menjilat jari.

Photobucket

Ayam percik terbaek! (oh. dilarang imagine bau ayam percik ketika berpuasa ya).

5. petang itu, saya keluar ke kota bharu dengan mak dan kakak ipar. terkejut juga saya tengok banyak yang dah berubah. ada bangunan baru, jalan raya pun banyak yang dah berubah. macam dah lama sangat pulak saya tak balik kelantan. T_T

6. keesokan harinya, kakak ipar telah pulang ke kl. jadi tinggallah saya dan mak ayah sahaja di rumah.

7. petang itu saya keluar lagi dengan mak untuk membeli belah. hujan sangat lebat. tapi baguslah, takdelah panas sangat.

Photobucket

hari yang sejuk.

8. sepatutnya saya kena siapkan kerja dengan menggunakan adobe illustrator dan photoshop sebelum hari selasa. tapi mungkin kerana software itu tak compatible dengan Windows 7 (ya kat rumah pakai Windows 7), jadi setiap kali restart pc, tak boleh pakai internet melainkan uninstall adobe. wuwu. sangatlah tension. jadi setiap kali mahu guna adobe, kene reinstall. kalau tak takbole online. susahlah wa mau buat kerja ini maciamm. T_T

9. hari ini (ahad) saya ke kb mall lagi. tapi hari ini untuk beli printer, RAM dan juga harddisk. pc saya di hostel tu slow melampau-lampau sehingga saya rasa seperti mahu pukul beliau setelah satu RAM rosak dan satu harddisk rosak. suruh beli di kl tak mau. naak jugak beli di kelantan.

10. minggu ini duit mengalir seperti air terjun. haih.tapi rasanya tak membazir kot sebab semua barang yang dibeli adalah benda-benda penting. kalau tak beli (tak dapatla harvest dengan laju dalam farmville) tak dapatla nak buat kerja dengan baik.

hehe.

ok wassalaam.

p.s: yay! masih berpuasa.

Puasa [v3,4]

Hari ke-3 puasa

Bila masuk hari ke-3, hari sudah tidak indah seperti hari pertama dan kedua lagi. Ini kerana saya telah sakit kepala kerana tak dapat mencari idea untuk siapkan kerja. Sepanjang malam berjaga mencari idea, namun pada pukul 3.30 pagi barulah idea yang bernas datang. Bila sudah pukul 3.30pagi, mata mula mengantuk dan penat. Namun oleh kerana terpaksa siapkan kerja, saya terus membuat sketch di bawah lampu meja yang berwarna jingga. Beberapa kali saya tertidur dimeja, tapi bila mula terasa seperti mahu tidur lena, saya melihat jam sudah menunjukkan pukul 4.30pagi. Jadi saya terus bersahur sahaja dengan kawan saya dengan memakan sebiji Big Mac yang dibeli pada malam sebelum itu.

Setelah solat subuh, saya sudah tidak sedarkan diri (atau tidur) sehingga tidak ke kelas akibat sakit kepala. Rumet saya pula tidak kejutkan saya kerana kasihan katanya. aaaa aaaaa. ( :P ). tapi kalau saya pegi kelas pun memang tak dapat consult sangat pun sebab kerja tak perfect. T_T. jadi lebih baik saya rehat di bilik dan siapkan kerja dengan baik sebelum consult lecturer.

Photobucket

ketika mamai, tulisan saya adalah sangat hodoh.

kadang-kadang, saya buat super rough sketch atas kertas garis-garis kerana kertas A4 kosong itu terlalu kosong dan bersih sehingga otak terasa seperti.. err.. noktah, noktah, noktah ( . . . )

Malam, saya membaca novel Sang Pemimpi, Andrea Hirata. untuk kali ke-2. tapi kali ini saya lebih mendalami setiap ayat dalam novel itu. Selepas membaca novel itu sampai mukasurat 26, saya siapkan assignment Spanish sehingga pukul 1.30 pagi. Tiba-tiba kawan saya shira, (one of the Pajoks), mengajak saya bersahur bersama-sama the pajoks dan beberapa orang lain (yang saya kenal-tak-kenal). 12 orang semuanya. jadi saya setuju sahaja. dah lama tak bersahur di sri kembangan.

Hari ke-4 puasa

di Papa Joe sri kembangan, (dulu Port Aroma, lepas habis kontrak, Papa Joe ambik alih kedai tu) saya makan nasi goreng ikan masin dan milo ais. sedap? biasa saja.

lepas makan, borak-borak sekejap, kemudian pulang ke hostel pada pukul 6 pagi. super duper mengantuk. hari ke-4 puasa, saya siapkan assignment spanish. dalam fikiran, saya telah bersuka-ria sambil berkata, “oh yeah~ dah siap. besok boleh hantar~~”

Photobucket

cover depan assignment spanish. (namun terpaksa buat balik setelah lecturer cakap kena hantar next week. ok, cerita lanjut di entry seterusnya)

hari ke-4 berbuka dengan menapau makanan di HB2 foodcourt bersama rumet. nikmatnya adalah kurang sedikit sebab saya telah mendapat ayam yang kurang masak. aaaaaaishhh. dugaan. dan satu hal lagi, diorang tak tutup makanan, jadi pencemaran oleh lalat adalah amat diragui. oleh itu saya berasa sungguh tak selesa memakan makanan itu semasa berbuka. tapi tawakkal sajalah. aaaaaaaa.

hari ke 3 dan ke 4 boleh kata tak rasa macam puasa sebab tak lapar. tapi tak seronok sebab kurang produktif. rasa kurang nikmat puasa. egh.

itu saja, sekian.

p.s : besok saya balik kelantan.ooooh yeah.  jadi saya mahu menulis blog dalam keretapi untuk entry Puasa [v5,6]

p.s.s: saya rasa pelik bila ada orang yang berpuasa, tapi sejadah tak pernah sentuh, tak pernah semayang. dan tak rasa malu langsung bila orang tahu dia tak pernah sembahyang. tapi sanggup pula dia berlapar dengan puasa. peliknya.

p.s.s.s : dalam hidup kita ini, ujian itu selalu datang. bezanya kecil dan besar. apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi ujian itu. semoga selalu redha dan kuat, insyaAllah. peringatan untuk diri sendiri juga.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), …Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

[Ayat 11 : Surah at-Taghaabun]

selamat beramal. wassalam.

Puasa [v1,2]

Sebenarnya saya tengah takde mood nak buat kerja. jadi saya memilih untuk menulis blog.

Hari pertama puasa

Baiklah. pada hari pertama puasa, saya bersahur pada pukul 4.30pagi dengan memakan megi dan gardenia butterscotch. 1 Ramadhan kali ini adalah suatu hari yang sungguh tenang dan sejuk membuatkan saya rasa seperti sangat-sangat dirahmati. syukur alhamdulillah.

pagi itu saya duduk di hadapan pc dan terus berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu dihantar pada hari isnin. namun boleh saya katakan hanya 20% sahaja yang dapat disiapkan. maklumlah, hari sungguh tenang, membuatkan saya kehilangan mood untuk buat kerja. angin pula sepoi-sepoi bahasa. mengantuk, tapi tak mahu tidur. jadi saya duduk dimeja sahaja sambil membaca apa yang patut.

tiba-tiba kedua-dua rumet saya mahu keluar untuk berbuka dengan keluarga mereka. nampaknya saya harus berbuka sorang-sorang pada weekend ini. saya mula rasa rindu pada kawan-kawan saya yang selalu berbuka bersama-sama pada tahun-tahun lepas. tapi oleh kerana mereka sudah grad, tinggallah saya sorang-sorang di sini. tapi takpe, saya tak sayu. sayu jugalah sikit. eh banyak jugak. tapi boleh control lah. sudah biasa berseorangan.

jadi seperti yang dijangka, saya berbuka sorang-sorang di bilik pada hari pertama puasa. walaupun begitu, saya rasa sungguh lengkap. entah kenapa hari itu sungguh tenang.

Hari ke-dua puasa

pada malam sebelum hari ke-2 Ramadhan, saya tak dapat tidur. sudah lama mata dipejam, tapi masih tak lena. mungkin kerana malam yang nyaman itu telah membuatkan badan saya berasa segar. lalu pada pukul 4.30pagi,  saya bangun untuk bersahur. ya, sorang-sorang. lagi sekali saya bersahur dengan roti gardenia butterscotch. tapi kali ini sedikit istimewa kerana saya ada telur masak separuh. sememangnya telur masak separuh adalah kegemaran saya. jadi sahur kali ini juga rasa seperti lengkap. pagi itu saya bersahur bersama alunan lagu-lagu Dawud Wharnsby Ali dan juga rabbani. tenang sungguh rasanya.

mendengar suara ustaz asri, mengingatkan saya bahawa beliau tidak pernah tahu yang ramadhan tahun lepas adalah ramadhan yang terakhir buat beliau. begitulah hidup kita, entah bila kita akan pergi. sedar-sedar jasad dan roh dah berpisah. takut juga.

selepas solat subuh, saya bukak tingkap, angin bertiup masuk ke dalam bilik dengan sejuk sekali. sambil mendengar lagu-lagu menenangkan, saya keluarkan kamera saya dan mula menangkap gambar langit yang cantik. (langit cantik, tapi gambar tak cantik :P).

Photobucket

langit berwarna ungu dan merah jambu. udara sejuk bertiup lembut. suatu pagi yang sangat nyaman.

kemudian saya mula rasa mengantuk dan terfikir untuk melelapkan mata untuk beberapa minit.

Mimpi

namun semasa tidur, saya telah bermimpi yang saya tak dapat bernafas. dalam mimpi itu saya meronta-ronta untuk mendapatkan oksigen. saya juga dikatakan telah dijangkiti H1N1 dan dalam keadaan benar-benar kritikal. (apekah). selepas penat meronta, saya pun terjaga. hm, patutlah saya mimpi macam tu, rupa-rupanya saya memang tak dapat bernafas sebab selsema. (akibat bukak tingkap dan kesejukan). bila saya tengok jam, baru pukul 7.30 pagi.

Tenang

walaupun telah mendapat mimpi yang tak menyeronokkan itu, hari ke-2 juga adalah sungguh menenangkan. bila melihat langit yang semakin biru, dan angin bertiup dengan tenang sekali, saya mula tersenyum syukur. melihat hari yang bakal cerah dan cuaca pun nampak baik, saya terus bawa baldi saya ke bilik air lalu membasuh baju. matahari pula terang sekali pada waktu tengahari.

sambil jemur baju, saya dengar lagu Siti Nurhaliza – Kaparinyo. lagu itu dipasang berulang-ulang kali namun sungguh tak jemu didengar. saya suka setiap rangkap liriknya. dan yang paling saya suka,

Hasrat nak beli dulang bertepi
Barulah molek untuk hidangan

Hajat nak cari yang sama sehati
Barulah molek makan sepinggan….

lagu ini membuat saya rasa gembira dan rasa mahu menyanyi-nyanyi. (lalu terbayang orang dulu-dulu membasuh baju sambil menyanyi-nyanyi di tepi sungai sambil memakai kain batik. sungguh klasik. :”> gagaga.)

ok ok apa merapu nih. sambung besok.

p.s : ya,penulisan saya sangat teruk. kalau ambik SPM sekarang, subjek BM mungkin boleh dapat D. aaaaaa.

p.s.s : sekarang saya sedang bersms dengan adik saya yang lucu. ada cerita panjang katanya.

p.s.s.s : angin yang bertiup sejuk sekali lagi membuatkan saya terfikir bagaimana burung-burung kecil yang bersarang di atas tingkap bilik saya itu tidur pada malam ini.

(oh saya lupa, mereka pun sudah biasa hidup begitu).

okay, wassalam.


hit counters
Site's visitors:

Ads

Recent Comments

liyananaznim on Baarakallahu Lakum!
liyananaznim on Baarakallahu Lakum!
sinful on Baarakallahu Lakum!
liyananaznim on Excitement
buzzybug on Excitement

Archives

Categories

Flickr Photos

Time after Time

Naked

The Fisherman

More Photos

Flickr – Mobile

www.flickr.com

Ramadhan

Kuala Lumpur, SELANGOR dan WILAYAH PERSEKUTUAN
Selasa ( 07-09-2010 )
Imsak :5:41
Subuh :5:51
Maghrib :19:18