There is no escape

Photobucket

2012 (2009)

Semalam saya tengok 2012 dengan rumet saya di Alamanda.

(spoiler alerts)

Komen selepas menonton :-

1. acting tak best. tak feel langsung. masa tengok bumi dah pecah-pecah, bangunan terbalik meletup-letup tahap wajib menangis menjerit-jerit sambil menggigil, pelakon dia cuma buat-buat takut macam kena kejar anjing sahaja.

2. effect gempa bumi, banjir dan lain-lain adalah sangat hebat.

3. tapi semua bencana alam tu seakan-seakan mengejar hero dan anak beranak beliau. tapi mereka langsung tak cedera.

4. agak macam cerita lama hindustan yang tipikal bila ada part yang orang ingat hero dah mati, paling kurang pun cedera parah lah, tapi tiba-tiba ohh hidup lagi. sihat dan takde luka-luka langsung.

5. point no. 3 berlaku sebanyak 2 kali (atau lebih).

6. banyak scene yang mudah dijangka akan berlaku. ahh frustrated.

7. lawak tak kena tempat. baru nak terasa agak sebak, tiba-tiba buat lawak la pulak.

8. (tapi part lawak iklan Bentley tu memang terbaikkk).

9. bagi saya, Tidal Wave (2009) (Korean movie) lebih bagus dari 2012. saya tengok dekat pc pun boleh menangis-nangis. special effect pun best. jalan cerita lebih bersahaja, tapi menarik.

Photobucket

Tidal Wave (2009)

10. rating untuk 2012 —- ( 3/5 ). (3 markah untuk special effects sahaja) boleh la untuk tengok sambil-sambil bosan takde buat apa-apa sambil mencari mood untuk sambung buat kerja.

11. dah lama tunggu movie ni sebenarnya lepas saya buat sedikit ‘research’ main-main tentang Nibiru, Mayan calendar dll. tapi sayang, movie tak sehebat yang disangka.

12. apa apa pun, harap-harap takkan sempat tengok hari kiamat yang sebenar. takut wo!

okay, itu sahaja.

Selamat Hari Raya Aidil Adha! :)

This entry was posted on Friday, November 27th, 2009 at 1:17 am and is filed under Review...not.

Leave a Reply

hit counters
Site's visitors:

Ads

Archives

Categories

Flickr Photos

Time after Time

Naked

The Fisherman

More Photos

Flickr – Mobile

www.flickr.com

Ramadhan

Kuala Lumpur, SELANGOR dan WILAYAH PERSEKUTUAN
Jumaat ( 03-09-2010 )
Imsak :5:41
Subuh :5:51
Maghrib :19:20