Andai permata, andai permata jadi hiasan

Hari ini dengan rasminya saya belajar menari.

Subjek-subjek yang saya register dalam semester ni sungguh menarik. saya register 6 subjek untuk sem ni. Ada spanish, dan juga National Dance. untuk subjek DM, saya suka vector graphic sebab saya suka guna software Illustrator.Untuk Spanish, buat masa ni baru belajar basic. lecturer spanish, mr. joel laffita tegas tapi agak lawak. jadi kelas spanish tu agak menarik walaupun ada masanya rasa berdebar-debar takut kena soal. ha ha. kalau jumpa dia dekat luar saya akan berjalan laju-laju sambil bersiap-sedia dengan beberapa jawapan basic dalam bahasa spanish. sebab sah-sah dia akan tegur dalam spanish kalau terserempak. (-.-!)

berbalik kepada perenggan pertama. hari ini saya belajar menari. zapin. dalam kelas national dance tu kebanyakan pelajarnya adalah perempuan (melayu,cina, india) dan satu per empat dari kelas tu adalah lelaki melayu, termasuk sorang lelaki iran. (huiiiih gempak jugaklah orang iran menari zapin. semangat tu yang tak tahan).

sebenarnya dah lama teringin nak belajar menari. sebabnya, dapat inspirasi dari mak sebab mak saya pandai menari. dulu pernah terfikir nak masuk mana-mana kelab tarian, tapi entah macam mana tiba-tiba masuk silat cekak. tapi silat pun saya suka. jadi hari ni baru belajar basic zapin. awal-awal agak susah juga nak ingat step. tangan kaki pun dah keras. mau kejang rasanya. pening pun ya juga, sebab banyak pusing-pusing. tapi kalau dah syok sangat menari, boleh bergerak laju semacam bila dengar lagu yang cikgu pasang. best.

oh, bila sebut tentang zapin, (walaupun semua orang kenal zapin), bayangkan saya membuat sesuatu seperti ini:-

kelas national dance tu bermula dari pukul 4 hingga 7. break sekejap pukul 5.45 untuk solat asar, kemudian sambung balik. semua berjalan lancar. semua gembira. kawan-kawan saya juga semua bersemangat nak belajar menari. suka lah. lepas habis kelas, duduk depan pc yang baru dibaiki.

sekarang pakai motherboard baru. alhamdulillah semua sudah ok.

okeh, itu saja setakat ini. sekian. :)

This entry was posted on Friday, July 3rd, 2009 at 1:48 am and is filed under Myself, Youtube.

3 Responses to “Andai permata, andai permata jadi hiasan”

  1. wlfwos says:

    hola!! hehe tah dulu pon ambik spanish and tah masuk dance zapin ..waaaaaaa..supo….

    [Reply]

    liyananaznim Reply:

    ana ingat hok tah rajin ambik spanish tu. tapi tatau pulok tah rajin ambik zapin! waaaaah samoooo (Again) :D:D

    [Reply]

  2. [...] 2009 i took the national dance class which i believe had changed a little bit of my view on this life and how I see things especially [...]

Leave a Reply

hit counters
Site's visitors:

Ads

Archives

Categories

Flickr Photos

Time after Time

Naked

The Fisherman

More Photos

Flickr – Mobile

www.flickr.com

Ramadhan

Kuala Lumpur, SELANGOR dan WILAYAH PERSEKUTUAN
Sabtu ( 11-09-2010 )
Imsak :5:40
Subuh :5:50
Maghrib :19:16